Saturday 10 December 2011

BerJalan


Berjalan, jatuh, dan dipimpin oleh seseorang,
Berjalan dengan berpaut pada sesuatu,
Berjalan untuk berkenalan,
Berjalan untuk mengenali baik buruk,
Berjalan ke arah jalan buntu,
Berjalan ke pangkuan jalan dengan mengenali erti Hidup,
Berjalan bersama teman yang mungkin akan ke hujung jalan,
Berjalan dengan seseorang yang sama-sama berjalan ,
Berjalan dengan insan yang mengikut jejak langkah yang sama,
Berjalan dengan  manusia kecil generasi kedua,
Berjalan, bukan dengan dua tetapi dengan lapan kaki,
Berjalanya upacara untuk jasad tidak akan berjalan langsung,
Berjalan ke pangkuanNya untuk berada bersamanNya……

Friday 18 November 2011

Kain Bersih dan Kain Kotor...

Tidak salah kalau kita mendiamkan diri,
Tidak salah kalau kita mengundur diri,
Tidak salah kalau kelakukan seseorang yang penuh dengan keangkuhan,
Tidak salah kalau kita dipandang dengan hina,
Tidak salah kalau diketawakan secara berkumpulan,
Tidak salah kalau perbuatan mereka menyakitkan hati,
Tidak salah kalau perangai segelintir itu menyebabkan air mata menitis,
Kerana
Akan menjadi salah kalau insan yang
berAkal,
berAkhlak,
berIman dan berMoral tinggi membalas dengan keMarahan,
Mana mungkin kain kotor disatukan dengan kain yang bersih.

Thursday 17 November 2011

WaJaH MU......


Tanpa disikat lambaian hitam mu mendengar cakap mu,
Telur mata kerbau yang ditengahnya berwarna hitam,
Dikelilingi jejari halus mengindahkan pemandangan ku,
Burung yang dilukis oleh budak  5 tahun mengikut lekungan bebola,
Ruang yang luas antara lekungan dan lambaian untuk diisi dengan ciuman kasih,
Banjaran yang timbul  ditengah membahagikan permukaan yang rata,
Kiri dan kanan kecantikkan  Pau YIP MUN  yang gebu,
Perkataan “ Putus” ianya ingin bersatu,
Lafasan “ Cinta” berjauhan menunjukkan barisan anak seramai 4 atas dan 4 bawah,
Kelembapannya menunjukkan hati yang masih basah,
Bahagian terakhir yang disentuh merupakan bahagaian yang  menahan rindumu terhadap ku yang semakin jauh dan dalam..…………….-Mutiara Hitam-

Jutaan Kecantikkan


Mungkin ada ribuan wanita yang mempunyai jutaan kecantikan yang tersendiri....
Mana mungkin seorang lelaki menikmati kesemua keistimewaan wanita tersebut...
Tetapi untuk ku jutaan kecantikan yang dimiliki oleh ribuan wanita dalam dunia,
Hanya terdapat pada JUWITA kau seorang............................-Mutiara Hitam-

Penyempurnaan

ku tidak mahu keadaan sebegini....
sakit, letih, rindu dan perasaan bercelaru.......
Hanya keadaa nie berlaku apabila menanti seseorang yang dianggap penyempurnaan Hidup nie...

si Dia


Hanya si Dia faham akan perasaan dan fikiran yang semakin serabut nie..
SEBAB,
Ini semua berlaku kerana Si Dia....

Perkataan Pertama

apabila ku membenarkan si Dia pergi...
ak membekukan Hati yg penuh dgn rindu
apabila si Dia berada jauh dr mata....
Hati yang dibekukan mula cair dan mencari
apabila si Dia akan tiba....
Hati mula tertanya-tanya, perkataan pertama yg ingin dilafaskan pada Si Dia....

IBU


uNtuK Mu MunGkIN Ada BeBerAPa OrAnG AnAk,
tEtApI UnTuK Ku HaNyA KaU SeOrAnG.....IBU...